
“Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.” Jelas Fazura.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30 menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat bukanlah untuk tidak langsung bersentuhan dengan lelaki tetapi jika sekadar berpengangan tangan ia masih dibenarkan.

“Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain.” Jelas Fazura lagi.
Fazura bakal muncul menerusi drama Kisah Cinta yang bergandingan dengan pelakon Shaheizy Sam mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam kerana mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.
OHARTIS: RESPECT DENGAN FAZURA ADA KESEDARAN MACAM NI, WALAUPUN BERPENGANGAN TANGAN SEDIKIT TETAP HARAM, NAMUN DIA ADA INISIATIF UNTUK MELINDUNGI MARUAHNYA.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment