Meskipun sibuk menjalani ibadah puasa, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Indah, Atilia masih lagi sempat meluangkan masanya untuk bercuti ke Nimbin, Australia.
Melihat daripada laman Instagram penyanyi ini, dia difahamakn telah berada di Nimbin sejak Sabtu lalu dan sepanjang berada di negara tersebut, Atilia telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman sosial tersebut.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya dia tidak keseorangan, ini kerana gitaris kumpulan Hujan iaitu AG Coco turut difahamkan bercuti di sana dan mereka telah sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment